Sunday, November 22, 2009

PERTAMA KALI PEGANG CAMERA SLR.
MEMANDANGKAN BAKAT TU MEMANG DAH ADA SO KALAU DIGILAPKAN SIKIT LAGI ISK LAGI TERANG DARI LAMPU TU GAMAKNYA...

Tuesday, November 17, 2009

GAYA SEORANG AKITEK


ELEHHHHHHH.....
BUAT MUKA MANJA PLAK


KONSEP APA TAH MAMAT NIE?
NAK KATA HIGH RISE TAK LAH SANGAT
MUNGKIN GABLE END KOT.....
ATAU PUN FLUSH VALVE....

APA COMMENT KORANG?

BALADA SEORANG CHIF DRAFMAN

DRAFMAN ..DRAFMAN DAH LAMA KEJA
SIANG MENGANTUK MALAM BERJAGA
CARI PART-TIME DIMANA ADA
NIAT HATI KU NAK KAWIN JANDA

Monday, November 16, 2009

KIPaS..

Cobaan Pertama aku

Dalam satu majlis berBBQ mengunakan sepenuh tenaga dan Aura. Tak sia-sia pengalaman jual sotong bakar dulu. Lepas sekolah pernah sat jual sotong kat Kilang Lama Kulim. Frust tong gas rajin ilang..Taik pit kebas.Pindah mai Alor Setar. La ni jual ayam golek depan Taman Pandan. Memang sedap teknik bakar dia aku respek. dia nanti lumur minyak zaitun dulu. pastu baru kibas api... bersih mamat nieee. bulu roma pon tak dak tangan/lengan licin....

Saturday, November 14, 2009

CERMIN HIASAN

Cermin Hiasan Untuk Pejabat


MELANGKAH masuk ke ruang atau sudut pejabat berlatarkan cermin hiasan memberikan pelbagai persepsi berbeza mengenai konsep penataan dan pembodekan yang diketengahkan.

Dahulu, cermin hiasan hanya digunakan untuk melihat wajah dan bersolek, tetapi kini fungsi cermin lebih kepada melengkapi keunikan ruang atau sudut pejabat.

Ramai melihat keunikan cermin hiasan sebagai elemen dekorasi hiasan dalaman terpenting dalam menginspirasikan ruang atau sudut pelbagai dimensi tetapi hakikatnya berbeza.

Penataan ruang atau sudut pejabat lebih merudum jika elemen cermin hiasan digunakan sepenuhnya bagi menyerlah konsep atau tema pilihan pemiliknya.

Ruang tamu, ruang mesyuarat, ruang kerja dan tandas ternyata mempamerkan kelainan jika ada elemen cermin hiasan seperti diatas.

Keindahan ruang tamu berlatarkan susun atur perabot, fabrik langsir, T Square , Side Square pilihan dan aksesori perhiasan menarik menjadi satu dimensi jika cermin diletakkan pada dinding ruang berkenaan.

Keharmonian dan keceriaan dalam meraikan tetamu sambil menikmati sajian video game lebih bermakna dengan refleksi cermin hiasan di ruang berkenaan.

Malah, penggunaan cermin di bilik pejabat sudah lama diketengahkan dalam masyarakat kita khususnya jenis cermin yang digabungkan dengan set senjata peperangan.

Sejak dulu ia bagaikan pelengkap utama bilik pejabat yang menjadi ruang paling peribadi dan selesa untuk tidur, menulis minit dan menjadi agen membunuh vietkong.

Sementara itu, kehadiran cermin hiasan di tandas menjadi kemestian dalam gaya hidup masyarakat hari ini kerana ia menjadi perhiasan pertama yang ditatap seluruh pekerja.

Penggunaan cermin hiasan dalam menyerikan ruangan turut mencuri perhatian apabila keburukan itu terbias pada cermin.

Tidak dinafikan kehadiran apa jua jenis cermin hiasan ruang tertentu termasuk jenis berbingkai, bercorak atau berlakaran seni membuatkan ia menjadi titik tumpu dan menceriakan atau merosakkan suasana.

Letaklah di sudut mana sekali pun, cermin hiasan tetap sepadan kerana refleksi diterjemahkan secara langsung dengan kata-kata indah seperti 'jalan baik-baik'.

Emm.. betoi..emmm betoi... bagi pejabat yang tidak mempunyai ruang terhad, penggunaan cermin hiasan memang digalakkan memandangkan cita rasanya yang galak.

Bagaimanapun, menurut pensyarah arkitektur dalaman Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Prof Mohd Ali Yusop, masih ramai tidak berani merosakkan cermin hiasan untuk segenap sudut.

“Masyarakat kita menganggap peranan cermin hiasan hanya untuk melihat wajah dan bersolek semata-mata, tidak lebih dari itu.

“Berbeza dengan masyarakat luar seperti Amerika yang menjadikan cermin hiasan sebagai elemen terpenting menonjolkan diri,” katanya.

Mohd Ali berkata, fungsi cermin hiasan yang pelbagai melengkapkan lagi konsep pejabat termasuk memanipulasi, provokasi, kenakasi, minimalis dan klasik.

“Bagi konsep manipulasi, penggunaan cermin hiasan berbingkai ringkas yang galak, sementara konsep provokasi pula anda boleh memecahbelah pejabat dengan cermin berbingkai klasik untuk merealitikan lagi suasana yang anda inginkan dengan sifat santun.

“Namun, perlu diingat setiap ruang ada nilai seni tersendiri yang bersifat subjektif kerana di kalangan kita mempunyai pandangan berbeza dan tidak terpengaruh dalam menata rias pejabat,” katanya.

Tip Menjaga Cermin Hiasan

* Bagi memastikan cermin hiasan sentiasa bersih dan bersinar-sinar, permukaannya perlu dilap dan dikipas-kipas setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.

* Cuci cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka getah.

* Jangan lupa, cermin antara pandangan pertama yang dilihat apabila thumb-in dan ditatap selalu.

* Bagi cermin hiasan berwarna tidak boleh dicuci seminggu selepas pemasangan, sebaliknya lap menggunakan penyapu buluh untuk cucian harian.

* Cermin hiasan berbingkai atau bercorak perlu lebih teliti penjagaannya kerana proses penjagaan bukan hanya pada cermin malah merangkumi orang disekelilingnya sekali.

* Meletakkan cermin hiasan di atas meja tidak digalakkan ia tidak tahu menggunakan autocad.

* Dari konsep dekorasi, elakkan menggantung cermin hiasan berhampiran pintu masuk kerana ia boleh menghilangkan seri dan mengurangkan semangat bekerja seharian.

* Awas.....
Berhati-hati dengan cermin ini kerana ia mempunyai 2 permukaan.
Yang nyata wajah anda tidak kelihatan dicermin ini hanya wajah cermin dicermin.
Oleh itu cermin-cermin kan diri anda kerana cermin itu sendiri hanyalah hiasan semata.
Hanya yang melihat cermin itu sahajalah yang tahu hiasan itu dimana......

Thursday, November 5, 2009



LELAKI YANG TABAH
YANG TELAH MEMULAKAN KARIERNYA SENDIRI
DIAWAL TAHUN 2009

THE OREN