Wednesday, April 7, 2010

SEJARAH PENANAMAN PADI DI KEDAH

SEJARAH PENANAMAN PADI DI KEDAH
Oleh Mohd Kasri b. Saidon

Pengenalan


Padi merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di Kedah. Malah Kedah sendiri begitu sinonim dengan hasilan padi. Gelaran “Jelapang Padi Malaysia“ atau “The Rice Bowl”
sememangnya telah dikenali umum.
Keterangan gambar:-
nasi zaman sekarang dimasak mengunakan periuk elektrik.Atau lebih senonim dengan pangilan rice cooker.Kelihatan teknik memasak nasi berembah mengunakan teknik cawan tertanam agar masak lebih sekata dan beras lebih kenyal. teknik ini agak popular bagi mereka yang terpaksa masak nasik sendiri bila bini balik kg.


Namun begitu ramai yang tidak mengambil kisah tentang asal-usul penanaman tumbuhan ini. Apatah lagi apabila persoalan padi adalah sesuatu yang terlalu biasa bagi masyarakat Malaysia yang menjadikan beras sebagai hidangan harian.

Ramai juga yang tidak mengambil kisah, tidak menyedari atau tidak tahu sama sekali akan banyaknya elemen padi pada lambang-lambang penting di Kedah. Lambang kerajaan Kedah juga dibingkaikan dengan butiran padi mencukupi bilangan ro‟kaat sembahyang dalam agama Islam. Ianya sebagai teras kekuatan insan yang kuat dengan kemasnya amalan sembahyang. Setem Kedah yang terawal juga bergambarkan pesawah membajak tanah . Malah sekolah terulung di Kedah, Kolej Sultan Abdul Hamid juga mempunyai lencana yang tergambar gemal padi melambangkan kemakmuran negeri Kedah yang berteraskan penanaman padi.
Jika ditinjau dari awal penanamannya maka kita akan menemui jalan sukar untuk mendapatkan sebuah fakta yang tepat. Lebih-lebih lagi dalam membicarakan tentang penanaman tumbuhan ini di Malaysia amnya dan di Kedah khasnya.
Tetapi membicarakan secara umum, padi telah mula dikesan sebagai sebahagian tanaman sara diri ribuan tahun yang lalu dan ianya juga berlegar dengan mitosnya yang tersendiri. Padi secara umumnya menjadi hidangan penduduk dunia, namun ianya lebih popular di Benua Asia. Pelbagai mitos disandarkan dalam persoalan padi ini. Di Indonesia, Thailand, Jepun dan Malaysia, padi dianggap mempunyai “roh wanita”.

Keterangan gambar:-
kelihatan seorang lelaki dari asia...mmmm dgn baju pagoda so tau sendiri la susur galur keturunan belah mana...sedang mengembur nasi untuk mensekatakan kemasakan nasi tersebut. kelihatan agak cekap dalam bidang nie pasai selalu praktis... beliau mempunyai pengalaman hampir 7 tahun masak nasi kandaq..

Padi dipercayai bercirikan wanita yang cantik, muda serta berkulit putih dan menarik. Di Bali, yang begitu sinonim dengan kepercayaan agama Hindu, padi dikaitkan dengan aspek ketuhanan Dewa Vishnu serta Indra. Berbeza dengan di China, ada mitos yang mengatakan padi berkait dengan episod kelaparan dan seekor anjing yang diekornya terdapat butiran benih padi. Apapun, peranan gender sering dilihat mempunyai persamaan dengan pihak lelaki membina tapak dan pengairan, manakala wanita menanam, menjaga dan menuai hasil. Dalam membicarakan sejarah penanaman padi di Kedah, mungkin bukti dari Thailand boleh disandarkan sebagai salah satu petunjuk. Padi dikesan berdasarkan bukti yang dijumpai di sebuah gua di Thailand, telah ditanam 6000 tahun yang lampau. Ada juga pendapat yang menyatakan padi telah ditanam di Delta Yangtze, China sekitar 4000 tahun Sebelum Masihi. Padi ditanam dan menjadi makanan di Asia Tenggara serta di Kedah sejak ribuan tahun yang silam. Penanaman padi pada peringkat awal terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah (basah) dan huma. Padi basah adalah padi sawah yang ditanam di kawasan tanah pamah dalam plot-plot tanah manakala padi huma pula ditanam dikawasan berbukit dan tidak memerlukan sokongan pengairan seperti padi sawah. Padi sawah banyak ditanam di kawasan delta Kedah yang berada menghadap Selat Melaka. Ianya menganjur dari pinggir daerah Kubang Pasu hingga ke selatan Kuala Muda. Gunung Jerai boleh dianggap sebagai penanda tengah kepada kedua-dua kawasan ini. Kawasan ini bertanah pamah, agak berselut dan dibantu dengan jalinan sungai-sungai asal. Terusan-terusan buatan manusia kemudiannya menjadikan kawasan ini lebih bernilai untuk sektor pertanian sebegini. Padi huma pula lebih bertumpu kepada kawasan tengah Kedah dan menganjur ke bahagian tengah negeri. Ianya ditanam di kawasan berbukit seperti di Padang Terap, Sik dan Baling, jumlah keluasannya pula tidaklah seluas padi basah. Boleh dikatakan ianya bukanlah jenis padi yang popular apabila membicarakan tentang padi di Kedah. Tambah lagi ianya tidak disokong oleh sistem terusan yang kemudiannya turut menyumbang kepada perubahan pola penempatan serta sosial budaya penduduk. Sejarah padi di Kedah boleh dilihat kepada empat pembahagian yang mudah yang bermula era silam ke awal pendudukan Jepun, semasa Jepun, selepas hingga merdeka dan dari merdeka hingga awal abad ke 21.

bersambung..
nanti aku copy paste lagi....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment