Tuesday, December 22, 2009

Back '2' Nature--Edisi Air terjun...

Hutan Lipur Seri Perigi terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.






Setiap kali melalui jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu.

Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya.


Setiap hujung minggu, pasti kawasan ini menjadi pilihan bagi warga negeri ini untuk mencari ketenangan.


No comments:

Post a Comment