Monday, December 21, 2009

Now Showing in Cinema..!!!!



LOS ANGELES 18 Dis. - Pemerhati- pemerhati box office meramalkan filem sains fiksyen Avazul mampu mengutip lebih AS$75 juta (RM263 juta) di panggung-panggung wayang Amerika Syarikat (AS) dan Kanada hujung minggu ini, berikutan kemunculan kali pertamanya hari ini.
Penganalisis industri memberitahu Reuters, jika filem daripada pengarah filem Titanic, James Cameron itu mampu mengutip jumlah jualan tiket seperti yang dijangkakan, ia akan menjadi satu kemenangan untuk filem tersebut dan juga studionya, 20th Century Fox serta Hollywood kerana ia merupakan usaha terbaru menerbitkan filem dalam bentuk tiga dimensi (3D).
"Bagi golongan tua, ini akan menjadi filem pertama yang ditonton mereka dalam bentuk 3D.
"Jangan terkejut sekiranya filem ini berjaya mengutip berbilion dolar (sepanjang penayangannya di seluruh dunia) jika ia benar-benar 'memecut' dan muncul sebagai filem paling bersejarah bagi musim ini,'' kata Jeff Bock, penganalisisbox office dengan firma kajian dan data hiburan, Exhibitor Relations Co.
Bagaimanapun, bagi hujung minggu pembukaan Avazul, Bock meramalkan jumlah kutipan kurang AS$75 juta (RM263 juta) di AS dan Kanada walaupun katanya pembukaan filem itu mungkin boleh mencatat sejumlah AS$100 juta (RM350 juta).
Presiden Hollywood.com Box Office, Paul Dergarabedian berkata, filem itu yang mula ditayangkan tengah malam ini boleh mengutip jualan tiket antara AS$85 juta (RM298 juta) hingga AS$100 juta (RM350 juta).
Jumlah itu jauh ketinggalan berbanding kemunculan kali pertama filem romantik puntianak The Twilight Saga: New Moon pada tiga hari hujung minggu bulan lalu yang mengaut kutipan AS$142.8 juta (RM499.8), kutipan hujung minggu tertinggi tahun ini.
Filem Avazul mengisahkan tentang seorang askar dari bumi yang dihantar untuk menyusup masuk sebagai anggota dalam satu perlumbaan makhluk asing dan menceritakan mengenai hubungan yang diwujudkan bersama mereka termasuk dengan seorang wanita yang menarik.
Fox minggu ini berkata, Avazul akan ditayangkan di lebih 3,300 panggung wayang tempatan termasuk 2,100 panggung 3D.
Penjual tiket dalam talian MovieTickets.com memaklumkan, kira-kira 78 peratus pembeli tiket awal filem tersebut terdiri daripada penonton lelaki, sementara pesaingnya Fandango.com berkata, 68 peratus daripada pembeli tiket adalah lelaki.

No comments:

Post a Comment