Thursday, December 24, 2009

Back '2' Nature--Edisi Kampungku...




Punca pendapatan utama bagi penduduk Tokai...




Spesis yang sudah hampir pupus.. Hanya terdapat di tokai..



Ready to fly...





Tempat melakukan aksi akrobatik bersama teman seperjuangan.. isk.. isk..



Dipercayai bunga dari zaman neolitik. Hanya terdapat di tokai..



pernah jadi stesen transit terhebat dulu-dulu. kat sini la tempat awek tokai mai ramai-ramai hantar mat terap pi PD. jadi sojar.

Sejarah Tok Kai ( x dak kena mengena dengan (tok khai)

Tentera China Manchu yang menang peperangan di Langkawi datang untuk membantu tentera Raja Sumatra Pasai Acheh. Tentera ini dibahagikan kepada 4 gelombang.
Gelombang pertama, mendarat di Teluk Bagan dan kawasan ini dinamakan Tanah Raja Teluk Bagan.
Gelombang kedua, mendarat di Kuala Kangkong. Kangkong ialah bahasa siam bermaksud, ditepi longgok tentera tentera ini mara sehingga Kampung Tokai. Perkataan Tokai ini diwujudkan sempena nama Panglima tentera China iaitu Tok Kai. Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china Manchu ini masih wujud hingga hari ini.
Gelombang ketiga, mereka mendarat di Kuala Sala, perkataan sala ialah dari bahasa siam yang bermaksud, rumah wakaf . Tentera dari gelombang ketiga ini mara dan menetap di Kota Sarang Semut iaitu kawasan kota lama milik Sayidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir, cucu kepada Raja Merong Mahawangsa (222 H). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud hingga kini. Istana Kota Sarang Semut dimusnahkan tentera thai sewaktu mereka menyerang Kedah dalam tahun 1876 dan menjajahnya hingga tahun 1881.
Gelombang keempat. Tentera dari gelombang keempat ini mendarat di Kuala Sedaka. Perkataan Sedaka ini dari bahasa siam yang bermakna Tentera Mati Bunuh. Tentera dari gelombang keempat ini terus mara dan menetap di Padang Lumat. Perkataan Lu-mat juga dari bahasa siam yang bermaksud, Mat Sirat itu Masyhur (merujuk kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai). Kawasan ini asalnya bendang raja, milik Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia (tahun 1788). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud bermula dari Gurun hinggalah ke Guar Chempedak, dikiri jalan menuju ke Alor Setar.

1 comment:

  1. Patung merujuk kepada perkataan Phattung.. yakni belalai panjang...kat siam ada pantai patung. tempat perhimpunan gay. zul Hang tahun nie x dijemput ka wei. ka dah pi senyap-senyap.

    ReplyDelete